Khamis, 15 Januari 2009

Team c player's profile

Nama : Norazam Salleh a.k.a Azam (captain)
Posisi : Defend / Right Wing
Plant : TPC 2
Personaliti : Merupakan kapten yang disegani disamping berupaya menghalang pemain-pemain lawan dari melakukan gerakan berbahaya.


Nama : Azmat Farid a.k.a Azmat (vice captain)
Posisi : Defend
Plant : BD, OCU & BTX
Personaliti : Seorang pemain pertahanan yang kental dan juga merupakan igauan ngeri bagi setiap pemain penyerang pihak lawan.

Photobucket
Nama : Mohd Suhaimi Bakar a.k.a Suhaimi
Posisi : Defend / Centre
Plant : BD, OCU & BTX
Personaliti : Seorang pemain yang paling berpengalaman di dalam pasukan dan merupakan perancang utama di dalam pasukan. Bijak merancang strategi bagi mengatur serangan ke atas pihak lawan dan juga mampu mengawal permainan.

Photobucket
Nama : Hamizan Johari a.k.a Mizan
Posisi : Top Striker
Plant : TPC 2
Personaliti : Seorang striker yang profilik dan bijak mencari peluang untuk menjaringkan gol. Merupakan tonggak
pasukan yang semakin meningkat namanya kerana jumlah jaringan yang dihasilkan jauh mendahului mana-mana penyerang dari pasukan lawan.


Nama : Megat Danial Megat Hussain (Megat)
Posisi : Right Wing
Plant : TPC 2
Personaliti : Merupakan seorang pemain sayap kanan yang yang terkenal dengan kebolehannya menggelecek bola dan membuka peluang kepada penyerang untuk menjaringkan gol.

Photobucket
Nama : Mohd Helmi Mahat a.k.a Helmi
Posisi : Defend / Goalkeeper
Plant : BD, OCU & BTX
Personaliti : Seorang pemain pertahanan yang rajin dan mampu berinteraksi @ bekerjasama baik dengan penjaga gol (sebab dulu dia keeper la....)


Nama : Muhafizan Jamali a.k.a P-jans
Posisi : Left Wing
Plant : TPC 2
Personaliti : Digeruni pemain pertahanan lawan kerana mempunyai stamina seperti kuda, tidak pernah kenal erti penat lelah kerana sentiasa berlari tanpa rehat. Juga mempunyai sentuhan yang baik untuk menjaringkan gol.

Photobucket
Nama : Sahreen Solimin a.k.a Yen
Posisi : Striker / Right Wing
Plant : BD, OCU & BTX
Personaliti : Merupakan seorang pemain sayap kanan atau penyerang yang agak tinggi lampai dan handsome. Mempunyai sentuhan gol yang menarik dan mampu menjadi idola kepada para gadis.


Nama : Mohd Fadli Mohd Esa a.k.a Arm (atau arm wrestling)
Posisi : Left Wing / Defend
Plant : TPC 2
Personaliti : Seorang pemain sayap kiri yang mampu melegakan hati penyokong-penyokong, penjaga gol dan juga sahabat handai kerana mampu melakukan gerakan berbahaya disamping mampu untuk turun memberi bantuan kepada penjaga gol dengan mengekang serangan balas pihak lawan.


Nama : Samsuhaili Muhamad a.k.a Lee (bukan Lee Chong Wei)
Posisi : Right Wing / Centre
Plant : TPC 2
Personaliti : Berjaya membuktikan bahawa buku bukanlah segala-galanya. Walaupun bercermin mata, beliau berjaya membuktikan bahawa beliau adalah pemain yang berbisa. Dengan gelecekan bolanya yang hebat, beliau berjaya memperdaya pemain pertahanan lawan yang memandang rendah akan kebolehannya. " Don't judge a book by it's cover bebeh!! "

Photobucket
Nama : Azriq Abu Samah a.k.a Eriq
Posisi : Defend / Wing
Plant : TPC 2
Personaliti : Merupakan seorang pemain pertahanan dan sayap yang gemar untuk menyerang. Beliau mempunyai skill yang agak unik kerana mampu membuat gerakan yang mengelirukan pihak lawan dan juga rakan sepasukan sendiri dengan gerakan yang tidak terduga sama sekali oleh dirinya. (kalau nak tahu, tengok sendiri la beb...)

Photobucket
Nama : Mohd Zaiyad Ibrahim a.k.a Goku (jangan tanya kenapa nama aku GOKU)
Posisi : Goalkeeper (satu position sudah)
Plant : TPC 1 (satu-satunya wakil TPC 1)
Personaliti : Memulakan kariernya sebagai pemain di bangku simpanan ( sebab bila datang lewat, game dah start ), kini telah menjumpai posisi yang cukup sesuai bagi dirinya iaitu penjaga gol. Selaku benteng pertahanan terakhir bagi pasukan, beliau sering tidak menghampakan rakan-rakan sepasukannya dengan gerakan-gerakan penghalang yang cantik bagi menafikan gol daripada serangan bertubi-tubi dari pihak lawan.

Posted by team c rules!!! at 10:37 PG